Jumaat, 29 Oktober 2010

KISAH KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH S.A.W

Tanpa kita sedari banyak hal yng boleh kite lakukan tuk mendpatkan banyak pahala, antaranya solat berjemaah, bace alquran, membuat kebaikan malah menjauhi larangannya juga dapat pahala insyaAllah,,
ingatlah kita hanya pinjaman, semua adalah milikNya..



setiap kebaikan kita lakukan ikhlas kerana Allah, insyaAllah 
terdapat kelebihannya tersendiri..sesungguhnya 
Allah maha pengasih akan hamba-hambanya yang bertakwa.
Ingatla tiada yang Indah dan bahagia adalah 
melainkan kehidupan di akhirat kelak..^_*.


Rasulullah sebagai rasul, juga kekasih Allah, sebagaimana disebutkan dalam al-quran akan kemulian baginda.selain juga kita disarankan mencontohi dan menteladani segala apa yang dilakukan oleh baginda. 
selain juga berselawat keatas baginda,

.demikianlah antara kelebihan-kelebihan berselawat keatas baginda Rasulullah s.a.w.,...


"" Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa, "Malaikat Jibril, Mikail,
Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.
Berkata Jibril A.S. :

"Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu
tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali,
 maka akan saya bimbing tangannya dan
akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."
Berkata pula Mikail A.S. :
"Mereka yang berselawat ke atas kamu akan
aku beri mereka itu minum dari telagamu."
Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."
Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W. ""





Dengan kisah yang dikemukakan ini,
 saya berharap para pembaca tidak akan melepaskan peluang
untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.
Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah,
Rasul dan para malaikat.InsyaAllah..^_^...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan