Jumaat, 29 Oktober 2010

KISAH KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH S.A.W

Tanpa kita sedari banyak hal yng boleh kite lakukan tuk mendpatkan banyak pahala, antaranya solat berjemaah, bace alquran, membuat kebaikan malah menjauhi larangannya juga dapat pahala insyaAllah,,
ingatlah kita hanya pinjaman, semua adalah milikNya..



setiap kebaikan kita lakukan ikhlas kerana Allah, insyaAllah 
terdapat kelebihannya tersendiri..sesungguhnya 
Allah maha pengasih akan hamba-hambanya yang bertakwa.
Ingatla tiada yang Indah dan bahagia adalah 
melainkan kehidupan di akhirat kelak..^_*.


Rasulullah sebagai rasul, juga kekasih Allah, sebagaimana disebutkan dalam al-quran akan kemulian baginda.selain juga kita disarankan mencontohi dan menteladani segala apa yang dilakukan oleh baginda. 
selain juga berselawat keatas baginda,

.demikianlah antara kelebihan-kelebihan berselawat keatas baginda Rasulullah s.a.w.,...


"" Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa, "Malaikat Jibril, Mikail,
Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.
Berkata Jibril A.S. :

"Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu
tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali,
 maka akan saya bimbing tangannya dan
akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."
Berkata pula Mikail A.S. :
"Mereka yang berselawat ke atas kamu akan
aku beri mereka itu minum dari telagamu."
Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."
Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W. ""





Dengan kisah yang dikemukakan ini,
 saya berharap para pembaca tidak akan melepaskan peluang
untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.
Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah,
Rasul dan para malaikat.InsyaAllah..^_^...

Selasa, 19 Oktober 2010

ANTARA SABAR DAN MENGELUH


setiap yang berlaku adalah ujian dariNya kepada kita, menguji keimanan ,
ujian pahit tawar buakn shaja berlaku ke atas kita malah juga para nabi terdahulu,
 juga umat islam terdahulu. tetapi mereka tetap teguh ,
tetap dengan segala ujian yang berat,
selalin keimanan yang mendalam terhadap Allah ,,
mereka mengahdapinya dengan sabar,
dan ingatla Allah sentiasa bersama dengan orang yang bersabar.







walau demikian sabar itu adalah ikhlas menghadapi segala ujian dariNya,
tanpa mengeluh sebagaimana yang kebiasaan kita lakukan tanpa kita sedari pun,
mahupun membezakannya..

semoga dapat kita semua bezakan antara bersbar dengan ujianNya
ataupun menjauhi dari sifat "mengeluh" itu....


demikianlah kisah antara kelebihan bersifat sabar ataupun keburukan bersifat mengeluh.....

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.
"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?"
Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"
Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"
Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"
Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."
Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:
" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil keksaihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."





Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:
" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."
Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)




akhirnya,..Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah...insyaAllah


..

Sabtu, 9 Oktober 2010

Mak berkata "Mak xharapkan duit kamu wahai anakku,tapi kasih sayang darimu walau sedikit itulah yang mak harapkan"




Orang kata aku lahir dari perut ...................mak...
(bukan org kata...memang betul) 




Bila dahaga, yang susukan aku.... ....................mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... ...........................mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. ................mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.......................... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.......................... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... ...................mak
Bila nak bermanja, aku dekati.......,,,,....................... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... ..................mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... ................mak
Bila nakal, yang memarahi aku.......................... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....................... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... ................mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... ..........................mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... ................mak 


Aku selalu teringatkan .................... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... ...................mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu...................... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada................... mak
Bila takut, aku selalu panggil............................. "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....,.............. mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... ...............mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... ...............mak
Bila ada masalah, yang paling risau.................... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. .................mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.................... mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... ..............mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... ..........mak
Yang selalu berleter kat aku....................mak
Yang selalu puji aku..................... mak
Yang selalu nasihat aku...... ........................mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk................. mak 
Tapi bila Aku ada pasangan hidup sendiri...






Bila seronok, aku cari...................pasanganku
Bila sedih, aku cari........................... mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada...................pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... ................mak

Bila bahagia, aku peluk erat.......................pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.... .....................emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....................pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....,,,,,........... mak

Semuanya pasanganku yang Utama ,..Mak selepas itu

.Tapi betapa tulus dan ikhlasnya mak kita yang melahirkan kita...
Mak berkata "Mak xharapkan duit kamu wahai anakku,tapi kasih sayang darimu walau sedikit itulah yang mak harapkan"


" mak nak kamu ingat mak,jenguk mak,mak sayang sgt kamu,mak rindu kamu,mak rindu senda tawa kamu,kamu anak mak".
Berderai air mata jika kita sebagai anak yang yang memahami n mendengarnya..........

Tapi kalau mak sudah tiada..... .....
MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT.... 



aha..syg mak.. ade yg berpendapat itu memang tugas mak,,jage anak die,,tapi kita sebagai anak pandanglah kepada jasa mak wat tuk kite,,die nak yang bek tuk anak die..mak syg sgt anak die,,xnak anak die jauh menyimpang dari menuju jalan yang lurus,jalan kebenaran.. ingatlah mak x pernah mintak ape balasan dri kite.. ingatla mak..doakanlah mak bahagia dunia akhirat..Ameen(^_^)..



Renungkan:
Kita digolongan "anak"  yang mcm Mana?.......................


Kata-kata dari kwan-kawan kue,,,(^_^)...

(
cawan) yang berisi kopi tp xde gula tentu pahit bila d minum..
(lawan) kalau ada tumbuk-menumbuk kita memang sakit..
Tapi..
Kalau (kawan)macam man pahit dan sakit nya dia wat kat kite..die tetap terbek dalam hari-hari kita..
(Fakharie)

Kasih syang seorang shabat bukan pada bende..
rindu sorang shabat bukan pada paras rupa..
cinta sowg shbat juga bukan pada penampilannya..
tp kasih sowg sahabat adalah kerana ketulusan hatinya...
(Roy)

Kalau renung bintang dilangit ,jangan luper rumput di bumi..
kalau renung jam di tangan jangan luper cincin di jari..
kalau renung apa-apa sekalipun jangan lupe saya disini..
(yana)

Harta yang paling untung Sabar ..
teman yang paling akrab Amal..
Pengawal pali waspada Diam..
Bahasa yang palin Indah Senyum..
Orang yang paling manis....??hehe
(Asraf)

Persahabatan jauh lebih indah dr percintaan,cinta umpama layang-layang ,
Andai putus berakhirlah iktan..
sahabat bagaikan pantai dengan lautan..walaupun sering Berhempasan,,
ttp kekal berdampingan..
(Asraf)

Saya punyai sepasang mata,tp x dpt melihat awak setiap masa..
saya punyai sepasang telinga,tpi x dpat mendengar suara awak tiap ketika..
tp saya punyai 1 hati yang ikhlas mengingati awak selamanya..Sayang awak..
(Firdaus)

Teman 2 bkn macam papan sk8,,blum main gilap,,dh main,,pijak..
teman tue bkn cm bola sepak,,blum dpt,,kejar,,dh dapat tendang..
teman 2 bkn cm bulu tangkis,,blum main,,pegang da men pukul..
Tapi TEMAN tua ibaratkan cam Ragbi,,blum dpt rebut,,da dpt lindungi n jaga..
juga TEMAN tue cam jari,,lukanya sembuh sendiri,,hilangnya tiada ganti..
(Asraf)

Flowers may die..
Rivers may dry..
but our Frienship..
will never say good bye..
(Firdaus)

Kenal x lama tapi mesra..
kaish x dalam tp kekal..
senyum x manis tp ikhlas..
hati x cinta tapi rindu..sayang x selalu tpi berpanjangan..info x kasi tpi ingat selalu..
(Firdaus)

dalam hidupku kau hadir sebagai teman hidupku..
Andaiku tiada kekalkan kuedalam ingatanmu..
Maafkan kesilapanku selama bergelar Teman hidupmu..
(Hawa)

Andai hati pernah disakiti ,jangn ditabur perasaan benci..
Andai persaanmu pernah diguris seribu rasa,janganlah aku dipinggir jauh..
Andai matamu pernah menangisi sebuah kedukaan janganlah dibuang persahabatan yang pernah hadir antara kita..
Andai kehadiranku ini,,pernah menyusahkan hidupmu,ku hanya mampu mengungkap kate MAAF..
Andai kenangan itu sering buat kau bersedih,,lupakanlah mungkin aku satu beban..
Namun menyayangi mue teman tidak pernah luntur dihati,,akan sentiasa tersemat walaupun aku..
"TIADA LAGI"...
(Hawa)

Kelmarin I miss u..
Hari nie I masih miss u..
Jangan Bimbang tentang esok I akan selalu miss u..Ini adalah sebuah janji,,selamanya I Miss U..
(firdaus)

sambung nanti..byok agielaa,,sok pulok,,hehehe..(^_^)..
sambung kembali,,hehe..

Teman yang baik bukan seperti hujan..yang turun kemudian berhenti & pergi..
tapi teman yang baik adalah seprti udara..yang x nampak tetapi sentiasa disisi..
(Asraf)

Meleret senyum manis di bibirmu ,,hilanglah duka terpancar rindu,,
ku ukir namamu di dasar qalbu ,ukhwah fillah menjadi dambaku..
Indah singgah bunga ditaman.disusun owg buata jambangan..
ingin ku selam hatimu teman,,bg sekirannya mencari jawapan..
merenung ke langit di kala senja,mengharap fajar akan menjelma..
pada mu Allah kupanjatkan doa agar persahabatan ini kekal subur selamanya..
(sakinah)

xde maksud xde makne,hanya gurauan semata-mata..jangan marah jangan benci..
biar ati terbuka jangan terkunci,,Buat baiklah sesuke hati,,insyaallah hidup dihormati..
(Asraf)

Jika ada kemera ,kan ku rakam setiap gambarmu,,sneyumanmu,,wajahmu,,
kan ku tampal di setiap btol budu,,agar mudah laku,,huhu
(rosliana)

Tangan akan berhenti menulis apabial penat..
kaki akan berhenti melangkah apabila letih..
tapi..
hati x akan berhenti merindu selagi ia berdegup..
salam rindu dr sahabtmu,,
(Firdaus)

I may not be the msot important person in your life..
but..i just hope thaht one day when u hear my name..
u wud smile n say "hey that's my frens"..(^_^)
(Amin)

Hidup ini penuh dengan halangan,rintangan & dugaan...jadikan semua itu sebagai Satu peringatan untuk kita memulakan sesuatu....

*jika anda dipuji dengan KECANTIKAN dan KEBAIKAN....bersyukurlah...kerana ALLAH telah melindungi KEBURUKAN dan KEAIBAN diri kamu dari pengetahuan Umum....

HIKMAH MENINGGALKAN CAKAP BOHONG

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim, menceritakan pada suatu hari ada seorang telah datang berjumpa dengan Rasulullah S.A.W. kerana hendak memeluk agama Islam. Sesudah mengucapkan dua kalimah syahadat, lelaki itu lalu berkata :
"Ya Rasulullah. Sebenarnya hamba ini selalu sahaja berbuat dosa dan payah hendak meninggalkannya." Maka Rasulullah menjawab : "Mahukah engkau berjanji bahawa engkau sanggup meninggalkan cakap bohong?"
"Ya, saya berjanji" jawab lelaki itu singkat. Selepas itu, dia pun pulanglah ke rumahnya.

Menurut riwayat, sebelum lelaki itu memeluk agama Islam, dia sangat terkenal sebagai seorang yang jahat. Kegemarannya hanyalah mencuri, berjudi dan meminum minuman keras. Maka setelah dia memeluk agama Islam, dia sedaya upaya untuk meninggalkan segala keburukan itu. Sebab itulah dia meminta nasihat dari Rasulullah S.A.W.
Dalam perjalanan pulang dari menemui Rasulullah S.A.W. lelaki itu berkata di dalam hatinya :
"Berat juga aku hendak meninggalkan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah itu."

Maka setiap kali hatinya terdorong untk berbuat jahat, hati kecilnya terus mengejek.
"Berani engkau berbuat jahat. Apakah jawapan kamu nanti apabila ditanya oleh Rasulullah. Sanggupkah engkau berbohong kepadanya" bisik hati kecil. Setiap kali dia berniat hendak berbuat jahat, maka dia teringat segala pesan Rasulullah S.A.W. dan setiap kali pulalah hatinya berkata :
"Kalau aku berbohong kepada Rasulullah bererti aku telah mengkhianati janjiku padanya. Sebaliknya jika aku bercakap benar bererti aku akan menerima hukuman sebagai orang Islam. Oh Tuhan....sesungguhnya di dalam pesanan Rasulullah itu terkandung sebuah hikmah yang sangat berharga."

Setelah dia berjuang dengan hawa nafsunya itu, akhirnya lelaki itu berjaya di dalam perjuangannya menentang kehendak nalurinya. Menurut hadis itu lagi, sejak dari hari itu bermula babak baru dalam hidupnya. Dia telah berhijrah dari kejahatan kepada kemuliaan hidup seperti yang digariskan oleh Rasulullah S.A.W. Hingga ke akhirnya dia telah berubah menjadi mukmin yang soleh dan mulia.


jom hijrah kawan2....(^_^)..