Isnin, 23 Mei 2011

PILIHAN KITA...PENENTU KEHIDUPAN ....???

Lame saye x pebaharui blog nie....hmmm....maybe mase x izinkan,ataupun sye sendiri pun tak tahu nak coretkan ape?banyakla kemungkinannya..huhu..

sebelum memulakan bicara nie,mari kite lihat kepada pilihan..??Benar kita diberi pilihan,samaada pilih yang baik atau yang tidak baik untuk diri dan kehidupan kita..kite pilih salah maka kite akan mendapat kesakitan,kesedihan,dan kesengsaraan..n lau kite pilih jalan yang betul dan benar..kite akan mendapat kebahagiaan,kesenangan,kegembiraan,serta akan mendapat kebaikan.

sebagai contoh yang boley saya kaitkan..terutama tuk yang belom berkahwin..hihi..semue hepy bile dgr perkataan tuu kan..sebenarnye disebaliknya ade tanggungjawab yang besar yang perlu kita laksanakan dalam untuk mencapai kehidupan cemerlang dan bahgia dunia akhirat..

eh..tetibe sebut pasal kahwin plak..hehe..maklumla musim cuti sekolah nak dekat da nie..so banyakla kenduri yang sedang berlansung di selruh malaysia,,makan free ,sape xnak..rezeki depan mate jgn ditolak ek..hahaha

hmmm..ape yang kite x jangka berlaku dah pun berlaku, mcm contoh bawu sehari pas akad nikah tewus cerai..ada ke patut bukan malu je,,duit habis, tenaga abis,,x fahamla ape diowng fkir pun saye x taw..kowang taw??

pilihla psgan betul2 yang sayang kowang..yang soleh n solehah..yang leyh jaga kowang, yang bersama-sama masuk syurga..wat isthikharah jugak taw..pas2 tawakal n ushalah cari yang terbaik k.....think first........hati2 jugak

selain itu pilihlah pemimpin yang leyh memipin kowang ke jalan yang benar..
pilihla makanan yang berkhasiat
pilihlah minuman yang mcm air masak..hee
pilihlah pakaian yang tutup aurat
pilihla ,,ape agi?? ,,fikirla sndiri...huhu

dalam islam dah tunjuk camne2..kowang xnak ikut..itula sombong sanngat....

ye betul apa yang kita pilih tue memang itula kehidupan yang akan kita jalani , mahu di dunia atau masa kat akhirat t..

 kita pilih kebaikan masuk syurga, pilih kejahatan masuk neraka.. dalam al-quran da sebut pun..

pernahla syae dgr sendiri dlm tv la ,,orang kafir tue kate " alang-alang kite lepas mati nnt masuk neraka baik kite wat jahat je kat dunia niee sampai puas2 hati" ..ckp versi melayu la,,sye anak melayu yee..h=hmmm ape kowang fikir lau dgr diowg ckp cm2... bagi sayela diowg akui kebenaran Agama islam nie,,tapi diowg xnak terima ,,so bukan salah sape2 da,,salah diri sendiri la k..

so marilah kita pilih keimanan kepada Allah yang maha Esa..
 insyaallah bhagia dunia akhirat ..amin..^_^.

(ISU) INFO UWAIS AL QARNI (UiTM PAHANG)

19 MEI (Jumaat)

HIKMAH DALAM KOMUNIKASI.


Melihat kepada situasi kanak-kanak zaman ini, mereka jauh berbeza dengan kanak-kanak zaman dahulu. Mereka lebih “advanced” dalam segala hal. Komen yang selalu kita dengar,“ budak-budak sekarang cakap macam orang dewasa”.

Sifat semulajadi kanak-kanak ialah sentiasa ingin tahu, sehingga gemar bertanya perkara hal orang dewasa. Mereka juga mudah  terdedah kepada sesuatu yang baharu, samada melalui pembelajaran di sekolah, rakan-rakan, media elektronik mahupun cetak.

Sebagai contoh,  seorang penulis menerima e-mel dari seorang ibu yang mempunyai sepasang anak lelaki dan perempuan berumur 13 dan 12 tahun, yang meluahkan rasa malu serta kecewa apabila mutakhir ini terpaksa menerangkan kepada anaknya istilah ‘liwat’ dan ‘zina’ terutama selepas isu video seks seorang yang dikatakan mirip ketua pembangkang menjadi sebaran eksklusif di saluran televisyen dan internet.

Katanya, semasa isu liwat hangat diperkatakan  dulu, beliau dan suami terpaksa menerangkan secara jujur dan ikhlas kepada anak mereka yang begitu cerdik menyoal secara terperinci dan bersikap ingin tahu.

Bayangkan apabila si anak lelaki bertanya bagaimana organ lelaki pelaku boleh masuk ke lubang dubur pengadu memandangkan lubang dubur itu amat ketat. Jadi, ibu terpaksa menjawab mungkin yang kena tuduh terpaksa gunakan pelincir seperti Johnson Cream.
Lalu si anak bertanya pula apa itu pelincir Johnson Cream? Kini, apabila heboh diperkatakan mengenai video klip itu, kedua-dua anaknya ingin tahu pula apa itu zina. Maka si ibu terpaksa menerangkan maksud istilah itu pula. 

Bagi menyelesaikan persoalan yang ditanya, terlebih dahulu ibubapa perlu memilih maklumat yang sesuai bagi menjawab persoalan yang dikemukakan, selain itu gunalah bahasa yang mudah difahami tidak mengelirukan.

Dalam masa yang sama juga, kita perlulah menggunakan teknik yang betul, contohnya semasa berkomunikasi adalah lebih sesuai menganggap diri kita sebagai teman kepada mereka, mengeluarkan suara yang lunak dan mesra agar mereka lebih mudah memahaminya.

Ini merupakan salah satu daripada kaedah yang ditunjukkan oleh al-Quran dan Sunnah. Dalam kisah dakwah Nabi Musa yang dijelaskan oleh al-Quran, Nabi Musa pernah meminta kepada Allah,

FirmanNya yang bermaksud :
Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, supaya mereka faham perkataanku; dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku,    Iaitu Harun saudaraku
                                                                                                                                       (Ta-Ha: 27-30) 

 Islam sangat menekankan  komunikasi  yang baik antara ibu bapa dengan anak-anak, terutama kepada mereka yang masih kecil, ini kerana bagi mereka apa yang dilihat, didengar, dirasa semuanya memberi impak kepada mereka dalam menjalani kehidupan.
                                                                                     
                                                                                                         Nurkilan _saye_
                                                                                                                                                                SAMBUNGAN isu lain la plak....