Isnin, 23 Mei 2011

(ISU) INFO UWAIS AL QARNI (UiTM PAHANG)

19 MEI (Jumaat)

HIKMAH DALAM KOMUNIKASI.


Melihat kepada situasi kanak-kanak zaman ini, mereka jauh berbeza dengan kanak-kanak zaman dahulu. Mereka lebih “advanced” dalam segala hal. Komen yang selalu kita dengar,“ budak-budak sekarang cakap macam orang dewasa”.

Sifat semulajadi kanak-kanak ialah sentiasa ingin tahu, sehingga gemar bertanya perkara hal orang dewasa. Mereka juga mudah  terdedah kepada sesuatu yang baharu, samada melalui pembelajaran di sekolah, rakan-rakan, media elektronik mahupun cetak.

Sebagai contoh,  seorang penulis menerima e-mel dari seorang ibu yang mempunyai sepasang anak lelaki dan perempuan berumur 13 dan 12 tahun, yang meluahkan rasa malu serta kecewa apabila mutakhir ini terpaksa menerangkan kepada anaknya istilah ‘liwat’ dan ‘zina’ terutama selepas isu video seks seorang yang dikatakan mirip ketua pembangkang menjadi sebaran eksklusif di saluran televisyen dan internet.

Katanya, semasa isu liwat hangat diperkatakan  dulu, beliau dan suami terpaksa menerangkan secara jujur dan ikhlas kepada anak mereka yang begitu cerdik menyoal secara terperinci dan bersikap ingin tahu.

Bayangkan apabila si anak lelaki bertanya bagaimana organ lelaki pelaku boleh masuk ke lubang dubur pengadu memandangkan lubang dubur itu amat ketat. Jadi, ibu terpaksa menjawab mungkin yang kena tuduh terpaksa gunakan pelincir seperti Johnson Cream.
Lalu si anak bertanya pula apa itu pelincir Johnson Cream? Kini, apabila heboh diperkatakan mengenai video klip itu, kedua-dua anaknya ingin tahu pula apa itu zina. Maka si ibu terpaksa menerangkan maksud istilah itu pula. 

Bagi menyelesaikan persoalan yang ditanya, terlebih dahulu ibubapa perlu memilih maklumat yang sesuai bagi menjawab persoalan yang dikemukakan, selain itu gunalah bahasa yang mudah difahami tidak mengelirukan.

Dalam masa yang sama juga, kita perlulah menggunakan teknik yang betul, contohnya semasa berkomunikasi adalah lebih sesuai menganggap diri kita sebagai teman kepada mereka, mengeluarkan suara yang lunak dan mesra agar mereka lebih mudah memahaminya.

Ini merupakan salah satu daripada kaedah yang ditunjukkan oleh al-Quran dan Sunnah. Dalam kisah dakwah Nabi Musa yang dijelaskan oleh al-Quran, Nabi Musa pernah meminta kepada Allah,

FirmanNya yang bermaksud :
Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, supaya mereka faham perkataanku; dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku,    Iaitu Harun saudaraku
                                                                                                                                       (Ta-Ha: 27-30) 

 Islam sangat menekankan  komunikasi  yang baik antara ibu bapa dengan anak-anak, terutama kepada mereka yang masih kecil, ini kerana bagi mereka apa yang dilihat, didengar, dirasa semuanya memberi impak kepada mereka dalam menjalani kehidupan.
                                                                                     
                                                                                                         Nurkilan _saye_
                                                                                                                                                                SAMBUNGAN isu lain la plak....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan