Rabu, 18 Januari 2012

Aku Terasa Ingin berlari~~...???

Aku ingin lari..

Lari dari segala masalah, lari dari orang lain, lari dari persoalan yang ditanya, lari dari mengetahui hal  orang lain, lari dari mengenali dan beramah mesra dengan orang lain, lari dari memberikan jawapan, lari dari segalanya..
Aku ingin berlari sejauh-jauh yang mungkin.. aku ingin melarikan diri seorang diri.. biarlah aku sendirian.. aku tidak perlukan sesiapa disisi, aku boleh lakukan seorang diri, aku tahu segalanya, aku ego, pentingkan diri…~~

Sebab..

Kadang aku keliru, dilema, confius, mana satu ni? betul ke salah? , biarlah rahsia?, tapela.. ,cukup da..? berserah semata-mata? …~~ biarla,malas fikir…

Tapi..semua itu buat aku ..

Sedih,.kecewa,.berputus asa,.nak nangis,., nak jerit kuat-kuat,.marah?,. geram, salahkan orang lain?,

Atau  Happy????..

Ntahlaaaaa…

Lau cam2..baik awk.:-

1.       Tanya diri sendiri
2.       Lihat diri sendiri
3.      Perbaiki diri sendiri
4.      Muhasabah diri sendiri
5.      Fikirlaaah sendiri…….

Saya tinggalkan untuk anda jawab sendiri..(^_^)

Ahad, 15 Januari 2012

Jika Bukan Masanya, Jangan benarkan Hati ini Mencintai

Aku menginginkan kerluarga yang yang bahagia di dunia mahupun akhirat. Aku mahu pasangan aku seorang yang taat ,beriman kepada Allah swt . Aku juga bertekad ingin menjadi seorang isteri yang solehah, itulah cita-sita dan impian aku sejak dari kecil.

Setiap orang ada impian masing-masing. Begitu juga aku. Seringkali kita dengar dan kita iktikadkan bahawa Kita hanya merancang Allah yang menentukan.

Kehidupan aku seperti manusia biasa, ada kelebihan dan mungkin banyak kepada kekurangan. Perasaan “Cinta” itulah yang diterapkan kepada setiap manusia untuk memiliki dan mendapatkannya. indahnya Islam, mengajar erti cinta , Cinta kepada Allah dan para Rasul adalah yang paling utama. seterusnya cinta kepada Ibu bapa ,para ulama’ ,  adik-beradik, saudara sesame Islam, haiwan dan segala tumbuhan, dan juga cinta pada seseorang, yang special, itulah yang saya nak cerita kat sini, punyela cari idea ape lah intro nak mulakan ni..hehe.

Bila cerita pasal cinta kat seseowang nie. Mmm, banyak pendapat dan cakapan mengenainya. Ada yang menerimanya dan ada yang menolak pada awalnya, tapi last2 terime jugak..hihi..ntah sape??..
Bab-bab cinta ni memang femes,, saje je nak cite jugak kat sini..hehe..

Berbalik kepada tajuk yang kat atas tuuu.. yang nak saya coretkan kat sini saya ada baca satu blog nie. Tewus terpikat ngan kata-kata dye.. Berbunyi begini…….

Ya Allah,

Andai masanya belum tiba,

Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai, Agar aku dapat menjaga diri.
Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.
Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.
Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.
Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.
Amiin..


Aminn..^_^. Kowang terpikat jugak x??...
Mmm.. an an an..

B4 bercinta atau jatuh cinta ,kita kenelah berhat-hati. Samaada mencintai atau dicintai seseorang. Jika kita menerimanya,..pilihlah yang baik ,yang boleh membimbing kita ke jalan yang benar menuju Ilahi. Jika xnak atau ingin menolaknya, tolaklah dengan cara yang baik, agar tidak melukakan hati nya. Walaupun hakikatnya dia “terluka” .. dan kadang-kadang x semua hati manusia dapat kita menjaganya…

Pointnye yang diatas ni,janganlah bercinta sebelum sampai waktunya khusus kepada yang belom berkahwin n belom berpunya laa.. atau boleh dikatakan kepada yang masih “Muda”…hihi..

Cinta kepada Allah , itulah yang Islam ajarkan kepada kita supaya kita memperolehi kehidupan bahagia dunia mahupun akhirat kelak.

janganLah kerana cinta kita mengadaikan maruah diri ,kerluarga dan agama.

Mencintai seseorang tidak memandai dengan melihat kepada rupa-paras, harta dan apa yang dimilikinya. Tetapi pilihlah yang memiliki agama. Fikirlah masa hadapan, anak-anak yang soleh dan solehah yang menjadi idaman kita untuk milikinya. Allah tidak menyuruh kita berserah semata-mata tanpa usaha dari kita sendiri yang memang inginkan kepada segala kebaikan dan menolak segala keburukan yang menimpa diri kita.

Cuma kadang-kadang ,kalau kita memperolehi kegagalan ,mungkin ada hikmahnya, mungkin Allah telah tetapkan yang lebih baik dari itu. Kehidupan ini adalah ujian . semoga kita bersama-sama berjaya dan sabar dalam menghadapi sebarang  ujian dariNya. Amin.