Sabtu, 17 Disember 2011

Allah masih Tetapkan Iman Dalam HatikU.


Tak tahu nak mulakan dari mana..
ade sahabat saya berkata "Janganlah kita mengharapkan pertolongan dari Manusia sekiranya mahukan sesuatu itu, tapi harapkanlah pertolongan daripada Allah,serahkanlah segalanya kepadaNya, kerana Allah lebih mengetahui setiap kebaikan itu" . 

Hmm.. aku mulai jauh dari mendekatkan diri kepada Allah. Lau mase di sekolah-sekolah dulu aku dibawah undang-undang sekolah. Aku ikut semue peraturan. Menjadikan Aku seorang yang berdisplin dan bertanggungjawab. Aku hidup dengan ramai kawan, kami seolah-olah berlumba mengejar kebaikan. Cemburu antara satu sama lain, cemburu nak jadi baik. Bila tengok orang buat, kita nak buat jugak. Hmm tapi niat tuu masih betulla, cume nak agitaw n melalui penelitian saya la macam "mat rempit" diowang berlumba-lumba nak tunjuk siapa lebih terer.. jadi mcm itula, cume apa yang diowang buat tu salahlaa. dan dan dapat dismpulkan disini bahawa pilihlah kawan yang kita nak berlumba-lumba kearah kebaikan dan bukannya berlumba-lumba menuju kemusnahan.. 

Pas2 pas abis sekolah. Aku skang berada di bawah tangunggan diri sendiri. Aku perlu berdikari. Xde lagi undang-undang yang kene aku ikut. ntahla aku mcm xpandai nak bawa diri. aku x yakin dengan diri sendiri. aku harapkan orang ada disisi membantu aku. hinggalah aku leka,lalai dengan dunia...

Malah aku banyak buat dosa, buat maksiat.. aku dah terjerumus ke dalam melakukan kejahatan. Dulu aku segan dan malu jika melakukan kesalahan. Dan skang semue dah hilang. Kesalahan demi kesalahan aku buat.

Aku kurang dekatkan diri aku kepada Allah ,sebagaimana aku lakukan waktu dahulu. sikap takbur ada dalam diri aku. Aku merasakan akulah yang terbaik didunia ni. dan aku merasakan sudah cukup amalan yang aku buat. Aku lupa bahawa Dia lah yang mengurniakan segala kebaikan kepada diriku. 

tapi dalam aku x sedar , aku dapat banyak masalah, semua hal aku buat semua x menjadi, mesti ada masalah. Aku sedih ,kecewa, putus asa... ujian demi ujian Allah tunjukkan kepadaku..

tapi sekarang aku bersyukur..Allah sayangkan aku lagi..aku tahu, ujian yang diberi kepadaku itu adalah supaya aku x melupakan Allah sahajalah tempat aku ingin memohon kebaikan. Aku sangat rasa bersyukur, Allah masih tetapkan iman dalam hatiku ini. 

Aku ingin hijrah. hijrah kerana Allah. aku sangat memerlukan pertolongan daripadaNya.. aku nak jadi lebih baik dari sebelumnya dan ingin memperbaiki diri aku dari terus lena,leka dan lalai dengan nikmat dunia..

terima kasih kepada Allah yang maha Esa...kerana menyedarkan diriku dari terus melakukan kemungkaran...

"Tidak perlu berubah dalam sekelip mata kerana perubahan mendadak itu selalu memusnahkan. Tetapi berubahlah demi selangkah. Dengan penuh istiqomah. Ingatlah bahawa perubahan ini tidak akan pernah sia-sia walau apa pun yang berlaku. Biarpun nafas rasa lelah, biarpun kaki terasa lemah.. Berubahlah kerana Allah dan yakinlah pada Allah."

'CINTAKU HANYA KEPADA ALLAH'

^_^.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan